Thursday, November 19, 2009

business card

ade sesape yg nk sruh buat design utk business card bole la tempah dengan saya..untuk print sy blum amik tempahan..sbb mesin print xde lg buat ms ni..hihi,jd untuk print anda boleh la print sendiri kt kedai print.ni adelah sebahagian contoh2 desing business card..pelbagai design lagi bole buat..



Wednesday, November 11, 2009

Buat Teman Seperjuangan Ku

Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,
ingatlah bahawa Allah ada disebelahmu,
dan sentiasa memberikan kau semangat untuk terus dan terus bangun.
Jika satu hari kau rasa kau akan gagal,
ingatlah bahawa kegagalan itu adalah satu ujian.

Jika satu hari kau rasa kau tidak akan lulus ujian Tuhan ini,
janganlah kau berputus asa,
ujian Tuhan memanglah berat,
tetapi hasilnya adalah untukmu,
dan tiada lain, hanya untukmu,
kau akan mendapat darjat yang tinggi disisiNya..

Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar,
ceritakanlah segala apa yang kau mahu,
Dia pasti mendengar rintihan hatimu
dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..

Jika satu hari kau rasa bosan dengan hidup,
bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya,
sesungguhnya umat sebelummu,
lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu...

Jika satu hari kau sudah bertaubat,
tetapi kau dicela, difitnah, aibmu diceritakan di mana mana,
dan memburuk-burukkan mu,
sabarlah tenanglah

Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.
Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.
Biarkan mereka mengambil alih dosamu
dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan...

Wednesday, July 1, 2009

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."

wassalam

Friday, May 22, 2009

Jenis-jenis Dosa

1. Dosa Besar. Iaitu dosa yang disertai ancaman hukuman di dunia, atau ancaman hukuman di akhirat. Abu Tholib Al-Makki berkata: Dosa besar itu ada 17 jenis.

  • 4 jenis di hati, yaitu: 1. Syirik. 2. Terus menerus berbuat maksiat. 3. Putus asa. 4. Merasa aman dari seksa Allah.
  • 4 jenis pada lisan, yaitu: 1. Kesaksian palsu. 2. Menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik. 3. Sumpah palsu. 4. mengamalkan sihir.
  • 3 jenis di perut. 1. Minum arak. 2. memakan harta anak yatim. 3. memakan riba.
  • 2 jenis di kemaluan. 1. zina. 2. Homoseksual.
  • 2 macam di tangan. 1. membunuh. 2. mencuri.
  • 1 di kaki, iaitu lari dalam peperangan
  • 1 di seluruh badan, iaitu derhaka terhadap orang tua.

2. Dosa kecil. Iaitu dosa-dosa yang tidak tersebut diatas.

3. Dosa kecil yang menjadi besar

  • Dilakukan terus menerus. Rasulullah bersabda: tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar. Allah juga berfirman: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (QS. Ali Imran [3]: 135)
  • Menganggap remeh akan dosa. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang mu’min dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat dihidungnya, maka dia usir begitu saja.” (HR. Bukhori Muslim)
  • Bergembira dengan dosanya. Allah berfirman: “Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (QS. Al Baqarah [2]: 206)
  • Merasa aman dari azab Allah. Allah berfirman: “Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahasia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan pembicaraan rahasia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (QS. Al Mujadilah [58]: 7)
  • Terang-terangan dalam berbuat maksiat. Rasulullah bersabda: “Semua ummatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah: Seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi di pagi hari dia buka tutup Allah tersebut.” (HR. Bukhori Muslim)
  • Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi teladan. Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelek, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya setelah dia tanpa dikurangi dosa tersebut sedikitpun.” (HR. Muslim)

Jalan Menuju Taubat

1. Mengetahui hakikat taubat. Hakikat taubat adalah: Menyesal, meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Sahal bin Abdillah berkata: “Tanda-tanda orang yang bertaubat adalah: Dosanya telah menyibukkan dia dari makan dan minumnya. Seperti kisah tiga sahabat yang tertinggal perang”.

2. Merasakan akibat dosa yang dilakukan. Ulama salaf berkata: “Sungguh ketika saya maksiat pada Allah, saya boleh melihat akibat dari maksiat saya itu pada kuda dan istri saya.”

3. Menghindar dari persekitaran yang jelek. Seperti dalam kisah seorang yang membunuh 100 orang. Gurunya berkata: “Pergilah ke negeri sana … sesungguhnya disana ada orang-orang yang menyembah Allah dengan baik, maka sembahlah Allah disana bersama mereka dan janganlah kamu kembali ke negerimu, kerana negerimu adalah negeri yang jelek.”

4. Membaca Al-Qur’an dan menghayatinya.

5. Berdo’a. Allah berfirman mengkisahkan Nabi Ibrahim: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” Al Maraghi berkata: “Yang dimaksud ”terimalah taubat kami” adalah: Bantulah kami untuk bertaubat agar kami bisa bertaubat dan kembali kepada-Mu.”

6. Mengetahui keagungan Allah yang Maha Pencipta. Para ulama salaf berkata: “Janganlah engkau melihat akan kecilnya maksiat, tapi lihatlah keagungan yang engkau derhakai.”

7. Mengingati mati dan kejadiannya yang tiba-tiba.

8. Mempelajari ayat-ayat dan hadis-hadis yang memberi amaran kepada orang-orang yang berdosa.

9. Membaca sejarah orang-orang yang bertaubat.

Saturday, April 25, 2009

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?
banglo..bmw..bg mk ayh..derma..

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?
geli mat?????

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
xder makne..

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!
woih suke sgt la

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluarga lah?
trima je la..kalo calon 2 ok..huhu

6. Kalau tiada lagi hari esok?
inalilah...

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?
nasihat kan diri supaya bersabar..

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
teruskan perjuangan...asalkan mknn halal..haha

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!tdkkk...

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati? Nyatakan nama artis/selebriti tersebut.
seo hye yun...

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
xbaik bunuh org tau..

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?
uwekk..tp syukur je la..n berterima kasih..haha

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
lumber kete n lumbe motor puas2...haha,

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?
xmkn..senyap je..

15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
ku pasrah dan berdoa..

16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?
anugerah memenangi tempat pertama lumbe kereta...

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?
mesti r korea..uwekk

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
takdir yg menentukan ...

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
lantak die r..aku ngan idup aku...


br wjud hr ni

urmm..da lame x bk blog sbuk sgt ..buat2 sibuk sibuk xpon..haha..campor ngan malas nk tulis blog..skrg ni agk bz jgk la..skrg da msuk kt department design so 2 la yg bz skit 2..pdn ngan muke aku..br ni xkeje byk duk rehat sgt..skrg ni xde dh..kene keje kuat da skrg..huhu..br ni ade breakfirst sesion ngan presiden company aku ni..kene present depan dia..wah debor giler..byk jgk la aktiviti time 2..tp mmg best..presiden aku iaitu cik aimi aizal sporting giler..hihi..baik la jgk..n tgk opis hq jgk..lawa giler...da mls nk citer..pjg giler kalo nk ceter ms kt hq 2..k la sampai sini je lah dpt aku tulis..nanti la free br bkak plak...salam:-)

Tuesday, March 3, 2009

my new laptop..salam...kalo nk tau ni la laptop br aku..hehe,mmg power ini laptop woo..aku syg giler laptop ni..laptop ni br je 3ari lps aku bli...harge die RM3999.00..


  • Type: General Purpose, Media, Tablet
  • Operating System: Microsoft Windows Vista Home Premium
  • Processor Name: Mobile AMD Turion 64 X2 Ultra XM-86
  • Processor Speed: 2.4 GHz
  • RAM: 4 GB
  • Weight: 4.9 lb
  • Screen Size: 12.1 inches
  • Screen Size Type: widescreen
  • Graphics Card: ATI Radeon HD 3200
  • Storage Capacity: 400 GB
  • Networking Options: 802.11n
  • Primary Optical Drive: Dual-Layer DVD+/-RW

Wednesday, February 4, 2009

hadiah besday





ha ni hadiah yang aku dapat sempena besday aku..hehe,member2 n famly aku yang bagi....hehe..thankz for my friend n fmly..


Tuesday, February 3, 2009

Dr.Fadhilah Kamsah menulis

Assalammualaikum. .......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ......either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan.... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .......makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Monday, February 2, 2009

kenapa laki ssh nk nangis?????

lelaki memang susah menangis,tp ade je laki yg menangis.
cakap pasal ni.Ape yg aku ingat,kalenjar air mata ni mengeluarkan jumlah air mata yang mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila mengalami tekanan emosi.air mata ni ade jnis2 plak.tp aku x ingat bpe jenis air mata ntah.ade 3 kalo x silap.

1.air mata refleks(mcm ble kupas bawang,kne habuk)
2.air mata emosi(ble emo la)
3...tak ingat.. =P

tiap2 air mata ni komposisi hormon n bahan kimianye lain2.air mata emosi cuma keluar ble berlaku perubahan emosi.Sbnanye air mata emo ni meredakan perasaan,sbb 2 la rse tenang skit lpas nangis.tp kalo air mata refleks x bg ketenangan pun.tenang hape lpas kupas bawang,pedih gle.haha.

Utk pmpuan,nangis ni mende bese r kan,kne bebel dgn mak pun nangis.huh.
tapi kalau lelaki ade yang anggap nangis ni satu tanda kelemahan,atau dalam erti kata lain,tak macho.Actualy,menangis bukan perkara yang memalukan atau lambang kelemahan seseorang,x kre r laki atau perempuan.

Orang yang tak nangis,terutamanya ble dia alami tragedi seperti kematian,atau gagal peperiksaan atau ape2 je la yg menyedihkan,sebenarnya lbih menderita kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.so,nangis je la kalo sedih,x hilang macho pun.

Thursday, January 29, 2009

bende yg wat aku menangis


salam..nk citer jgk..

aku cepat nagis ble...???

bla aku rasakan diri aku byk buat slah n dosa pd ALLAH..maksudnyer...bla kita muhasabah diri la..mcm dosa kita tu xterampun je..tp kena percaya yg ALLAH maha PENGAMPUN dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-NYA...

aku cpat nangis jgk bla rindu n teringat mak ayah n family..yg jauh d mata namun dkat sgt2 d hati...

aku mmg sensitif ckit bla d sebut pasal mak ayah atau cerita ttg mak ayah ni...

pasal kawan...?? mmg sensitif gak..bla kwn buat sesuatu yg x elok kt kita,...Xambik kesah kt kita..sdgkan kita sentiasa ambik berat kt dier..aku rs sedih la jgk...mula2 nangis sorg2...mengenang nasib diri..cari slah diri..tp,..bla bab mintak maaf,,..kot2 ade buat slah ke tanpa aku sedari...manusia la katakan..

sedih bl mengenangkan hidup yang akan datang..krn takut ngan dugaan yang bakal menjelang..haha..pelik kn??
patut ke nangis sbb 2 ha??

tp itula hakikatnye...hehehhe

ya ALLAH,..ampunilah dosa2 kami,ibubapa kami,..ahli keluarga kami,..guru2 kami,..sahabat2 kami,..serta muslimin dan muslimat yg ENGKAU kasihi...AMIINN...

redha je lah

xsume bende yg kt impikan kat dunia ni akan tercapai..kerana tuhan dah ttpkan hidup
kt akan dtg camner..tp kalo yg kt impikan 2 tercapai mesti hidup ni bahagiakn..ape2 aku
mesti truskan hidup ni sama ada bahgia atau x..hihi..aku kene redha ape yg tuhan bg kat aku..
aku xleh merungut..merungut menyebbakan aku rs geram..n mula lah maki hamun..timbul
lah dosa2 kecil..hr2 merungut jd dose besar..haha..btl ke x ntah..sje memenuhkan teks..
aku slalu berdoa supaya hidup aku hari2 akan bahagia..kekadang aku takut nk tempuhi hidup yang penuh ranjau n duri ni..lepas 1 msalah mslah lain plop yg timbul..mslah xkan lari kalo kt xtempuhinya..hadapi lah msalah dengan tekun dan sabar..ia juga untuk mengajar kite erti kehidupan..menberi kt pengajaran n pengalaman hidup.. hidup kat dunia ibarat persinggahan semantara sbb lepas ni kt akn melalui alam lain..bl kt bhagia kt kene reti bersyukur..
tuhan xkan berikan kt terlampau bahagia kerana kt mungkin akan lupe dgn
pemberian tersebut..

treasurehunt kat taman tasik perdana nm team aku ni "sentul koizoku"



Ni gambar ms treasurehunt kat taman tasik perdana nm team aku ni "sentul koizoku" kot..nm pelik sgt..sampai xingat..hehe.team aku xmenang malu rs nk bgtau..hehe..tp xpe la xrezeki kt org..hehe


hamzah..wani..noji..aku..n k.ana...ni ms mule2 sampai..blum start lagi


ni no team aku "025"..kt blakang 2 joe..ngade2..hehe..tp time ksih kt die sbb msuk tem aku n berkejasama ngan ktorg..


ha ni time lps check point..nk cr check point br..msing2 smangat giler.hehe termasuk la aku..haha..blakang yg nmpak kpale 2 k.ana..ye ni sk posing..org tgh sibuk wt kije ye sibuk duk posing..


my friend's