Thursday, November 19, 2009

business card

ade sesape yg nk sruh buat design utk business card bole la tempah dengan saya..untuk print sy blum amik tempahan..sbb mesin print xde lg buat ms ni..hihi,jd untuk print anda boleh la print sendiri kt kedai print.ni adelah sebahagian contoh2 desing business card..pelbagai design lagi bole buat..



Wednesday, November 11, 2009

Buat Teman Seperjuangan Ku

Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,
ingatlah bahawa Allah ada disebelahmu,
dan sentiasa memberikan kau semangat untuk terus dan terus bangun.
Jika satu hari kau rasa kau akan gagal,
ingatlah bahawa kegagalan itu adalah satu ujian.

Jika satu hari kau rasa kau tidak akan lulus ujian Tuhan ini,
janganlah kau berputus asa,
ujian Tuhan memanglah berat,
tetapi hasilnya adalah untukmu,
dan tiada lain, hanya untukmu,
kau akan mendapat darjat yang tinggi disisiNya..

Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar,
ceritakanlah segala apa yang kau mahu,
Dia pasti mendengar rintihan hatimu
dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..

Jika satu hari kau rasa bosan dengan hidup,
bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya,
sesungguhnya umat sebelummu,
lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu...

Jika satu hari kau sudah bertaubat,
tetapi kau dicela, difitnah, aibmu diceritakan di mana mana,
dan memburuk-burukkan mu,
sabarlah tenanglah

Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.
Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.
Biarkan mereka mengambil alih dosamu
dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan...

my friend's